Catatan

Kepada Ibu

Imej
Al-Fatihah Ibu, Mak, bulan ni dah nak masuk 4 tahun mak pergi tinggalkan Sabri. Genap 26hb nanti Sabri datang melawat tempat mak disemadikan yea. InshaAllah. Mak, Sabri tak pernah lupakan mak. Al-Fatihah Ibu, Mak, kenapa tinggalkan Sabri. Sabri tak pernah terfikir mak akan pergi selamanya sedangkan mak tau Sabri yang selalu minta nak pergi dulu. Mak tau kan Sabri memang dah tak mampu nak teruskan hidup ini. Al-Fatihah Ibu, Mak, lepas sahaja mak pergi, Sabri lalui bermacam dugaan. Sabri juga rasa setiap apa yang mak lalui dalam hidup, baik susah dan senang, sakit dan sihat, serta penat lelah yang mak tanggung selama ini. Mak, Sabri dah ya amat sangat lelah laluinya sama lagi sebijik. Al-Fatihah Ibu, Mak, bawalah Sabri bersama mak. Sabri ya amat sangat rindukan mak. Al-Fatihah.

pcx JAHAT!

Imej
Salam sakit. Maaf lama tak ada cerita sebab masih menahan sakit. Ceritanya, jalan balik keluar Tol Chenor kononnya nak naik Genting baru masuk Lebuhraya Karak dalam kilometer 46 lepas selekoh tetiba pcx goyang tayar belakang nak kedapan terus jatuh orangnya tergolek terseret disagat tar jalan beberapa kali jadi luka kesakitan tidak terperi sakitnya. Berhenti dari terguling macam tenggiling atas jalan gagahkan bangun lari ke tepi jalan lompat parit terus baringkan diri menahan sakit tetiba sesak nafas. Alhamdulillah, tak lama pada itu ada ramai beri pertolongan sampai satu masa tidak sedarkan diri untuk beberapa ketika sepertinya masuk ke alam lain. Apabila sedar dapat lihat ramai orang dengan kenderaan susur perlahan dan terasa ada dalam pangkuan seseorang bertanyakan padanya kenapa yea? Dijawab sabar tenang jangan tidur. Waktu sedar tak rasa apa cuma agak pelik apa yang berlaku sebenarnya dengan cuba mengingati perkara sebelumnya. Bukankah tadi sesak nafas sebab baru jatuh tapi macam…

pcx JB

Imej
Salam JB, Maaf tak banyak cerita lagipun mood pcx masih berbunga-bunga bukan parti bunga ala musim pru tapi kepenatan tak lalu nak banyak cerita. Ceritanya. Rabu lepas siap segala ala mandi bunga bagai kononnya dengan cadangan nak ke Kelantan tapi waktu dah tengah malam konon-konon tunggu lepas azan subuh nak bertolak konon nak ikut jalan Bentong, Raub, dan Kuala Lipis lalu Gua Musang mana mampu jalan waktu malam tak gitu? Tetiba, tunggu punya tunggu tertidur kejap jawabnya. Bangun-bangun dah tengah hari tukar arah tuju ke Melaka kononnya. Waktu isi minyak tetiba nak ke JB pulak makanya jadi sah itulah tempat dituju dalam masa 1 hari cuti rehat. Dalam perjalanan gagahkan jugak walau mata bagai ditahan batang mancis berhenti makan R&R Air Keroh terus ke JB check in kejap siap-siap nak ke AEON Tebrau makan Kenny Rogers pastu pusing keliling JB terus tidur hingga azan subuh. Teruskan perjalanan balik singgah sarapan R&R Macap terus ke rumah sambung tidur. Kesimpulannya pcx memang…

Menara Condong

Imej
Cerita pcx semalam. 
Minggu ini pcx sampai Teluk Intan. 
Ceritanya.
Mulanya service pcx kali pertama 1K tapi meter cecah 1.2K pastu makan karipap IKEA. 
Cadangnya nak ke Ipoh sebelum itu singgah courier service lepas dapat nota ditinggalkan dan terus ke jalan TUDM Subang. 
Bila ada sekitar situ rasanya paling dekat masuk highway ikut Bukit Subang dan terfikir baik ke Teluk Intan. 
Dalam perjalanan ada tulis Kuala Selangor apa kata singgah rumah Arwah Jue pada cerita sebelum ini rumahnya arah Tanjung Karang sekitar Taman Nilam. 
Jika tiada sesiapa di rumah itu makanya teruskan perjalanan ke Teluk Intan sesungguhnya sangkaan sepertinya benar belaka rumahnya seperti telah lama ditinggalkan. 
Sebelum teruskan perjalanan patah balik ke Bukit Melawati nak tengok pandangan Selat Melaka kononnya serta berhibur bersama Monyet dan Kera yang amat jinak lagi serasi bersama manusia disitu. 
Selepas pada itu perjalanan diteruskan sampailah Menara Condong singgah menjamah Satay ayam dan daging berhadapan m…

Mimpi

Imej
1 alam lain selain maya adalah mimpi. 
Kebelakangan ini banyak mimpi kawan lama. 
Beberapa tahun sudah mimpi Allahyarhamah Jue rupanya tidak lama pada itu dapat tahu beliau telah pun meninggalkan dunia. 
Mungkin rohnya datang dalam mimpi nak beritahu sebenarnya beliau sudah tiada. 
Seperti biasa selepas aruah Ibu dah takde Ibu selalu datang dalam mimpi. 
Adakah mimpi pada mereka itu mereka juga dah takde? 
Alfatihah untuk mereka.

pcx ke Melaka Muar

Imej
Busy body. 
Untuk beberapa hari sebuk sikit layankan pcx kononnya nak jalankan meter cecah 1K makanya ke Melaka dan Muar jalankan saja. 
Melaka rumah kakak dan Muar pula adik bongsu perempuan singgah sekejap tetiba awal pagi nak balik terjumpa kawan lama Shidi (CD) tengah nak tutup pintu gate pagar rumahnya lepas isterinya keluar bersama anak mereka. 
Kelihatan CD sihat lagi ceria nampaknya hanya berhenti sekejap tanya khabar lagi pun nak kejar masa balik walaupun cecah 10 tahun tidak bertemu beliau dan isterinya ada juga rasa rindu pada mereka. 
Mereka antara kenalan yang amat baik suatu masa dahulu. 
Dalam perjalanan pergi pada mulanya meter pcx sudah mula cecah 500km sewaktu sampai R&R Seremban sebelum teruskan perjalanan rehatkan enjin sebelum memecut laju sepertinya dara sudah pun pecah seperti disebutkan dalam buku manual untuk menjaga prestasinya wajib ikuti langkah yang disarankan. 
Ternyata pcx tidak menghampakan dengan kelajuan sesuai seperti yang diharapkan lebih 100km/j ti…

Facebook & Twitter

Salam media sosial, Ada banyak 'syarikat' media sosial. Mereka dapat untung berbillion daripada pengiklanan. Tanpa pengguna tiadalah iklan.Facebook lebih kepada silaturrahim kononnya. Twitter pula konon-konon populariti seseorang. Dua syarikat Amerika ini sangat popular disebabkan populasi rakyatnya.Lagipun teknologi alam maya dipelopori dari negara mereka. Microsoft dan Apple pada sistem komputer serta telefon pintar dihasilkan oleh mereka.Tidak hairanlah produk mereka jadi pilihan.Google dan Android juga mereka hasilkan. Bagaimana mereka mampu sampai tahap itu. Mudah sahaja difikirkan.• Jangan ada hasad dengki sesama rakyat.• Peluang dan sokongan kepada rakyatnya.Berbalik kepada tajuk. Awalnya macam menarik. Facebook dapat kekalkan hubungan baru dan lama. Twitter pula dapat tahu keupayaan seseorang.Malangnya, keselamatan pengguna tidak dijamin. Kepentingan sosial diabaikan. Maklumat terdedah. Pengguna mangsanya dan banyak lagi.Contohnya, bagaimana pengguna boleh disaman!Kesi…

pcx

Imej
Salam PCX,
Sebenarnya dalam seminggu dua ni tengah tunggu skuter PCX dah order minggu lepas gantikan skuter lama jenis Spacy dah nak 4 tahun guna. 
Bila ada kebocoran pada minyak hitam nak betulkan rasanya tak berbaloi jadinya baik beli je yang baru lagi pun Cc lebih tinggi sikit je. 
PCX 150cc boleh pergi 110km/j katanya Spacy pulak hanya 110cc dalam 90km/j buat sakit pinggang jalan jauh.
Pernah ke Muar dan Melaka azabnya lebih 6 jam baru sampai saja mengatal nak rasa kesakitannya.
Itu pun ada berhenti bukannya jalan terus singgahlah RNR sebab penat yang amat sangat.
Malangnya masih tak dapat lagi.
Kedai tak call jadinya mood pun hilang nak baca berita jadi malas lagi nak komen memang tak harap.
Sekarang ni dah keras seperti tugu negara.
Sekian, terima kasih kbye!