Catatan

Tunjukkan catatan dari 2018

pcx JAHAT!

Imej
Salam sakit. Maaf lama tak ada cerita sebab masih menahan sakit. Ceritanya, jalan balik keluar Tol Chenor kononnya nak naik Genting baru masuk Lebuhraya Karak dalam kilometer 46 lepas selekoh tetiba pcx goyang tayar belakang nak kedapan terus jatuh orangnya tergolek terseret disagat tar jalan beberapa kali jadi luka kesakitan tidak terperi sakitnya. Berhenti dari terguling macam tenggiling atas jalan gagahkan bangun lari ke tepi jalan lompat parit terus baringkan diri menahan sakit tetiba sesak nafas. Alhamdulillah, tak lama pada itu ada ramai beri pertolongan sampai satu masa tidak sedarkan diri untuk beberapa ketika sepertinya masuk ke alam lain. Apabila sedar dapat lihat ramai orang dengan kenderaan susur perlahan dan terasa ada dalam pangkuan seseorang bertanyakan padanya kenapa yea? Dijawab sabar tenang jangan tidur. Waktu sedar tak rasa apa cuma agak pelik apa yang berlaku sebenarnya dengan cuba mengingati perkara sebelumnya. Bukankah tadi sesak nafas sebab baru jatuh tapi macam…

pcx JB

Imej
Salam JB, Maaf tak banyak cerita lagipun mood pcx masih berbunga-bunga bukan parti bunga ala musim pru tapi kepenatan tak lalu nak banyak cerita. Ceritanya. Rabu lepas siap segala ala mandi bunga bagai kononnya dengan cadangan nak ke Kelantan tapi waktu dah tengah malam konon-konon tunggu lepas azan subuh nak bertolak konon nak ikut jalan Bentong, Raub, dan Kuala Lipis lalu Gua Musang mana mampu jalan waktu malam tak gitu? Tetiba, tunggu punya tunggu tertidur kejap jawabnya. Bangun-bangun dah tengah hari tukar arah tuju ke Melaka kononnya. Waktu isi minyak tetiba nak ke JB pulak makanya jadi sah itulah tempat dituju dalam masa 1 hari cuti rehat. Dalam perjalanan gagahkan jugak walau mata bagai ditahan batang mancis berhenti makan R&R Air Keroh terus ke JB check in kejap siap-siap nak ke AEON Tebrau makan Kenny Rogers pastu pusing keliling JB terus tidur hingga azan subuh. Teruskan perjalanan balik singgah sarapan R&R Macap terus ke rumah sambung tidur. Kesimpulannya pcx memang…

Menara Condong

Imej
Cerita pcx semalam. 
Minggu ini pcx sampai Teluk Intan. 
Ceritanya.
Mulanya service pcx kali pertama 1K tapi meter cecah 1.2K pastu makan karipap IKEA. 
Cadangnya nak ke Ipoh sebelum itu singgah courier service lepas dapat nota ditinggalkan dan terus ke jalan TUDM Subang. 
Bila ada sekitar situ rasanya paling dekat masuk highway ikut Bukit Subang dan terfikir baik ke Teluk Intan. 
Dalam perjalanan ada tulis Kuala Selangor apa kata singgah rumah Arwah Jue pada cerita sebelum ini rumahnya arah Tanjung Karang sekitar Taman Nilam. 
Jika tiada sesiapa di rumah itu makanya teruskan perjalanan ke Teluk Intan sesungguhnya sangkaan sepertinya benar belaka rumahnya seperti telah lama ditinggalkan. 
Sebelum teruskan perjalanan patah balik ke Bukit Melawati nak tengok pandangan Selat Melaka kononnya serta berhibur bersama Monyet dan Kera yang amat jinak lagi serasi bersama manusia disitu. 
Selepas pada itu perjalanan diteruskan sampailah Menara Condong singgah menjamah Satay ayam dan daging berhadapan m…

Mimpi

Imej
1 alam lain selain maya adalah mimpi. 
Kebelakangan ini banyak mimpi kawan lama. 
Beberapa tahun sudah mimpi Allahyarhamah Jue rupanya tidak lama pada itu dapat tahu beliau telah pun meninggalkan dunia. 
Mungkin rohnya datang dalam mimpi nak beritahu sebenarnya beliau sudah tiada. 
Seperti biasa selepas aruah Ibu dah takde Ibu selalu datang dalam mimpi. 
Adakah mimpi pada mereka itu mereka juga dah takde? 
Alfatihah untuk mereka.

pcx ke Melaka Muar

Imej
Busy body. 
Untuk beberapa hari sebuk sikit layankan pcx kononnya nak jalankan meter cecah 1K makanya ke Melaka dan Muar jalankan saja. 
Melaka rumah kakak dan Muar pula adik bongsu perempuan singgah sekejap tetiba awal pagi nak balik terjumpa kawan lama Shidi (CD) tengah nak tutup pintu gate pagar rumahnya lepas isterinya keluar bersama anak mereka. 
Kelihatan CD sihat lagi ceria nampaknya hanya berhenti sekejap tanya khabar lagi pun nak kejar masa balik walaupun cecah 10 tahun tidak bertemu beliau dan isterinya ada juga rasa rindu pada mereka. 
Mereka antara kenalan yang amat baik suatu masa dahulu. 
Dalam perjalanan pergi pada mulanya meter pcx sudah mula cecah 500km sewaktu sampai R&R Seremban sebelum teruskan perjalanan rehatkan enjin sebelum memecut laju sepertinya dara sudah pun pecah seperti disebutkan dalam buku manual untuk menjaga prestasinya wajib ikuti langkah yang disarankan. 
Ternyata pcx tidak menghampakan dengan kelajuan sesuai seperti yang diharapkan lebih 100km/j ti…

TMJ JDT

Imej

Facebook & Twitter

Salam media sosial, Ada banyak 'syarikat' media sosial. Mereka dapat untung berbillion daripada pengiklanan. Tanpa pengguna tiadalah iklan.Facebook lebih kepada silaturrahim kononnya. Twitter pula konon-konon populariti seseorang. Dua syarikat Amerika ini sangat popular disebabkan populasi rakyatnya.Lagipun teknologi alam maya dipelopori dari negara mereka. Microsoft dan Apple pada sistem komputer serta telefon pintar dihasilkan oleh mereka.Tidak hairanlah produk mereka jadi pilihan.Google dan Android juga mereka hasilkan. Bagaimana mereka mampu sampai tahap itu. Mudah sahaja difikirkan.• Jangan ada hasad dengki sesama rakyat.• Peluang dan sokongan kepada rakyatnya.Berbalik kepada tajuk. Awalnya macam menarik. Facebook dapat kekalkan hubungan baru dan lama. Twitter pula dapat tahu keupayaan seseorang.Malangnya, keselamatan pengguna tidak dijamin. Kepentingan sosial diabaikan. Maklumat terdedah. Pengguna mangsanya dan banyak lagi.Contohnya, bagaimana pengguna boleh disaman!Kesi…

pcx

Imej
Salam PCX,
Sebenarnya dalam seminggu dua ni tengah tunggu skuter PCX dah order minggu lepas gantikan skuter lama jenis Spacy dah nak 4 tahun guna. 
Bila ada kebocoran pada minyak hitam nak betulkan rasanya tak berbaloi jadinya baik beli je yang baru lagi pun Cc lebih tinggi sikit je. 
PCX 150cc boleh pergi 110km/j katanya Spacy pulak hanya 110cc dalam 90km/j buat sakit pinggang jalan jauh.
Pernah ke Muar dan Melaka azabnya lebih 6 jam baru sampai saja mengatal nak rasa kesakitannya.
Itu pun ada berhenti bukannya jalan terus singgahlah RNR sebab penat yang amat sangat.
Malangnya masih tak dapat lagi.
Kedai tak call jadinya mood pun hilang nak baca berita jadi malas lagi nak komen memang tak harap.
Sekarang ni dah keras seperti tugu negara.
Sekian, terima kasih kbye!

twitter.com/leosabri

Imej
Salam ke 3,
Tetiba seawal pagi nak jenguk Twitter disuruhnya buat pengesahan bukan robot suruh pilih beberapa foto ada kaitan seperti yang dinyatakan pastu disuruhnya aktifkan nombor telefon memang tak harap nak kasi dah tu bila cuba buka profil keluar amaran katanya!
Walaupun masih boleh dibuka tapi segala komen pada sebarang pautan tak dapat nak dibaca sepertinya dah ghaib untuk seketika sekiranya tak buka profil dari awalnya sama saja seperti tiada komen sedangkan banyak tweet komen semata.
Sekarang ini tak ada apa yang boleh dibuat kecuali aktifkan nombor telefon jika tak tertinggalah pada tweet terakhir tak boleh tutup akaun tak boleh juga nyahkan paparannya makanya terbuka terdedahlah setakat itu sahaja nak sambung tweet memang tak harap dah!
Itulah kejahatan yang amat terang dari Amerika dipaksakan juga minta segala maklumat yang mereka perlukan sebab itulah untungnya berbillion walau dikata percuma tiada yang percuma dalam dunia sebenarnya kerana pengguna itulah aset yang bern…

Blog

Salam ke 2,
Lama sangat tak hadap blog sepertinya rajin diminta agar teruskan penulisan namun wujudnya saluran media sosial terhenti seketika yang mungkin lebih terkesan malangnya tidak.
Kini dihari ini setelah Twitter merapu adalah lebih baik kembali pada asal dalam blog ini walaupun catatan lama tidak lagi wujud agar perkara yang dah lepas itu lepaslah.
Mungkin komen pada berita seperti sebelum ini yang biasanya dalam pautan tweet Malaysiakini tidak lagi muncul disana mungkin juga akan diulas disini lebih panjang berjela lagi berkesan itupun jika rasa tak dapat nak tahankan pada sesuatu perkara itu.
Bahawasanya meluahkan adalah lebih baik dari memendam sepertimana berlaku semalam sewaktu nak makan tengahari tetiba kawan lama ada di kedai itu juga beria-ria melepaskan perasaannya terhadap seseorang yang tidak mampu diceritakan pada orang lain.
Seperti biasa wajib jadi pensyarah subjek sex yang dikehendakinya untuk beliau meneruskan hubungannya demi sebatang aiskrim bagaimana caranya nak …

Twitter @LeoSabri

Salam rindu,
Cerita hidup tanpa twitter ceritanya tetiba twitter nak nombor telefon kononnya pengesahan kepada akaun pengguna sepertinya tak cukup pendaftaran guna emel dengan pelbagai cara media sosial ciptaan Amerika nak dapatkan segala maklumat.
Malangnya ramai belum cukup sedar pada kecurian data walaupun maklumatnya hanya emel dan nombor telefon namun kesannya tidak sapa tahu tujuannya begitu juga pada facebook sepertimana pengakuan mereka bahawa maklumat pengguna telah dicuri.
Tiada apa yang dapat diceritakan lagi kecuali nak cakap dengan rasminya laman ini telah kembali tanpa twitter tiada facebook lagi.
Sekian, salam hormat!