Facebook & Twitter

Salam media sosial,

Ada banyak 'syarikat' media sosial. Mereka dapat untung berbillion daripada pengiklanan. Tanpa pengguna tiadalah iklan.

Facebook lebih kepada silaturrahim kononnya. Twitter pula konon-konon populariti seseorang. Dua syarikat Amerika ini sangat popular disebabkan populasi rakyatnya.

Lagipun teknologi alam maya dipelopori dari negara mereka. Microsoft dan Apple pada sistem komputer serta telefon pintar dihasilkan oleh mereka.

Tidak hairanlah produk mereka jadi pilihan.

Google dan Android juga mereka hasilkan. Bagaimana mereka mampu sampai tahap itu. Mudah sahaja difikirkan.

Jangan ada hasad dengki sesama rakyat.

• Peluang dan sokongan kepada rakyatnya.

Berbalik kepada tajuk. Awalnya macam menarik. Facebook dapat kekalkan hubungan baru dan lama. Twitter pula dapat tahu keupayaan seseorang.

Malangnya, keselamatan pengguna tidak dijamin. Kepentingan sosial diabaikan. Maklumat terdedah. Pengguna mangsanya dan banyak lagi.

Contohnya, bagaimana pengguna boleh disaman!

Kesimpulannya, pengguna bangga ada ramai kenalan. Bangga atas kemampuannya sedang mereka lupa akan kesannya maka terkesanlah!

Ada akaun Facebook dan Twitter tak semestinya aktif. Sekadar tengok-tengok.

Sekian, moga terkesan.

Ulasan