Menara Condong

Cerita pcx semalam. 

Minggu ini pcx sampai Teluk Intan. 

Ceritanya. 

Mulanya service pcx kali pertama 1K tapi meter cecah 1.2K pastu makan karipap IKEA. 

Cadangnya nak ke Ipoh sebelum itu singgah courier service lepas dapat nota ditinggalkan dan terus ke jalan TUDM Subang. 

Bila ada sekitar situ rasanya paling dekat masuk highway ikut Bukit Subang dan terfikir baik ke Teluk Intan. 

Dalam perjalanan ada tulis Kuala Selangor apa kata singgah rumah Arwah Jue pada cerita sebelum ini rumahnya arah Tanjung Karang sekitar Taman Nilam. 

Jika tiada sesiapa di rumah itu makanya teruskan perjalanan ke Teluk Intan sesungguhnya sangkaan sepertinya benar belaka rumahnya seperti telah lama ditinggalkan. 

Sebelum teruskan perjalanan patah balik ke Bukit Melawati nak tengok pandangan Selat Melaka kononnya serta berhibur bersama Monyet dan Kera yang amat jinak lagi serasi bersama manusia disitu. 

Selepas pada itu perjalanan diteruskan sampailah Menara Condong singgah menjamah Satay ayam dan daging berhadapan menara tersebut makanya sempatlah dijadikan cerita ada fotonya kali ini. 

Sambil menjamu selera ditanya takde kawan orang sini dijawab dulu ramai kawan selalu datang ikut balik jumpa mak ayah mereka tapi dah lupa arah rumah mereka. 

Lepas makan bertolak balik lalu jalan ada kedai DIY berhenti kejap kononnya nak cari sarung tangan takut sejuk dalam perjalanan balik nanti lagipun dah malam. 

Dah dapat sarung tangan rasa tak puas jadinya berpusinglah dalam kedai sampailah pada aksesori kereta untuk dijadikan cerita lain pula. 

Tetiba ada perasan seseorang disitu sedang curi pandang tapi buat tak kisah malangnya rasa macam nak tengok orangnya kenapa curi pandang? 

Rupanya si Fuxrol! Cerita 8 tahun dah tak jumpa.

Habis cerita!

Ulasan