pcx ke Melaka Muar

Busy body. 

Untuk beberapa hari sebuk sikit layankan pcx kononnya nak jalankan meter cecah 1K makanya ke Melaka dan Muar jalankan saja. 

Melaka rumah kakak dan Muar pula adik bongsu perempuan singgah sekejap tetiba awal pagi nak balik terjumpa kawan lama Shidi (CD) tengah nak tutup pintu gate pagar rumahnya lepas isterinya keluar bersama anak mereka. 

Kelihatan CD sihat lagi ceria nampaknya hanya berhenti sekejap tanya khabar lagi pun nak kejar masa balik walaupun cecah 10 tahun tidak bertemu beliau dan isterinya ada juga rasa rindu pada mereka. 

Mereka antara kenalan yang amat baik suatu masa dahulu. 

Dalam perjalanan pergi pada mulanya meter pcx sudah mula cecah 500km sewaktu sampai R&R Seremban sebelum teruskan perjalanan rehatkan enjin sebelum memecut laju sepertinya dara sudah pun pecah seperti disebutkan dalam buku manual untuk menjaga prestasinya wajib ikuti langkah yang disarankan. 

Ternyata pcx tidak menghampakan dengan kelajuan sesuai seperti yang diharapkan lebih 100km/j tidak seperti Spacy hanya 90km/j sahaja. 

Maaf yea hanya peminat Skuter. 

Kesimpulannya I LOVE PCX!

Ulasan