pcx

Salam PCX,

Sebenarnya dalam seminggu dua ni tengah tunggu skuter PCX dah order minggu lepas gantikan skuter lama jenis Spacy dah nak 4 tahun guna. 

Bila ada kebocoran pada minyak hitam nak betulkan rasanya tak berbaloi jadinya baik beli je yang baru lagi pun Cc lebih tinggi sikit je. 

PCX 150cc boleh pergi 110km/j katanya Spacy pulak hanya 110cc dalam 90km/j buat sakit pinggang jalan jauh.

Pernah ke Muar dan Melaka azabnya lebih 6 jam baru sampai saja mengatal nak rasa kesakitannya.

Itu pun ada berhenti bukannya jalan terus singgahlah RNR sebab penat yang amat sangat.

Malangnya masih tak dapat lagi.

Kedai tak call jadinya mood pun hilang nak baca berita jadi malas lagi nak komen memang tak harap.

Sekarang ni dah keras seperti tugu negara.

Sekian, terima kasih kbye!

Ulasan