twitter.com/leosabri

Salam ke 3,

Tetiba seawal pagi nak jenguk Twitter disuruhnya buat pengesahan bukan robot suruh pilih beberapa foto ada kaitan seperti yang dinyatakan pastu disuruhnya aktifkan nombor telefon memang tak harap nak kasi dah tu bila cuba buka profil keluar amaran katanya!

Walaupun masih boleh dibuka tapi segala komen pada sebarang pautan tak dapat nak dibaca sepertinya dah ghaib untuk seketika sekiranya tak buka profil dari awalnya sama saja seperti tiada komen sedangkan banyak tweet komen semata.

Sekarang ini tak ada apa yang boleh dibuat kecuali aktifkan nombor telefon jika tak tertinggalah pada tweet terakhir tak boleh tutup akaun tak boleh juga nyahkan paparannya makanya terbuka terdedahlah setakat itu sahaja nak sambung tweet memang tak harap dah!

Itulah kejahatan yang amat terang dari Amerika dipaksakan juga minta segala maklumat yang mereka perlukan sebab itulah untungnya berbillion walau dikata percuma tiada yang percuma dalam dunia sebenarnya kerana pengguna itulah aset yang bernilai pada pengiklanannya.

Percayalah bahawa tanpa pengguna tiadalah iklan dan kini dimasa ini dunia diperbodohkan tak sama seperti blog ini percuma tiada iklan tapi jika tiada pembacanya tidaklah dikemaskini namun dah salam kali ke 3 apa maksudnya?

Terima kasih kerana sudi baca!

Ulasan