pcx JAHAT!

Salam sakit.

Maaf lama tak ada cerita sebab masih menahan sakit.

Ceritanya, jalan balik keluar Tol Chenor kononnya nak naik Genting baru masuk Lebuhraya Karak dalam kilometer 46 lepas selekoh tetiba pcx goyang tayar belakang nak kedapan terus jatuh orangnya tergolek terseret disagat tar jalan beberapa kali jadi luka kesakitan tidak terperi sakitnya.

Berhenti dari terguling macam tenggiling atas jalan gagahkan bangun lari ke tepi jalan lompat parit terus baringkan diri menahan sakit tetiba sesak nafas.

Alhamdulillah, tak lama pada itu ada ramai beri pertolongan sampai satu masa tidak sedarkan diri untuk beberapa ketika sepertinya masuk ke alam lain.

Apabila sedar dapat lihat ramai orang dengan kenderaan susur perlahan dan terasa ada dalam pangkuan seseorang bertanyakan padanya kenapa yea?

Dijawab sabar tenang jangan tidur.

Waktu sedar tak rasa apa cuma agak pelik apa yang berlaku sebenarnya dengan cuba mengingati perkara sebelumnya.

Bukankah tadi sesak nafas sebab baru jatuh tapi macam mana boleh hilang seketika barulah ingatan datang kembali berulanglah rasa kesakitannya itu.

Jatuh kali kedua sebelum pcx pernah jatuh bersama spacy di plaza tol Karak.

Sekian cerita Karak.

Ulasan