pcx JB

Salam JB,

Maaf tak banyak cerita lagipun mood pcx masih berbunga-bunga bukan parti bunga ala musim pru tapi kepenatan tak lalu nak banyak cerita.

Ceritanya. Rabu lepas siap segala ala mandi bunga bagai kononnya dengan cadangan nak ke Kelantan tapi waktu dah tengah malam konon-konon tunggu lepas azan subuh nak bertolak konon nak ikut jalan Bentong, Raub, dan Kuala Lipis lalu Gua Musang mana mampu jalan waktu malam tak gitu?

Tetiba, tunggu punya tunggu tertidur kejap jawabnya. Bangun-bangun dah tengah hari tukar arah tuju ke Melaka kononnya.

Waktu isi minyak tetiba nak ke JB pulak makanya jadi sah itulah tempat dituju dalam masa 1 hari cuti rehat.

Dalam perjalanan gagahkan jugak walau mata bagai ditahan batang mancis berhenti makan R&R Air Keroh terus ke JB check in kejap siap-siap nak ke AEON Tebrau makan Kenny Rogers pastu pusing keliling JB terus tidur hingga azan subuh.

Teruskan perjalanan balik singgah sarapan R&R Macap terus ke rumah sambung tidur.

Kesimpulannya pcx memang hebat mungkin untuk peminat skuter kot!

Ulasan